Monday, August 6, 2012

look what i've found.

while i was managing my other blog and deleting another (berapa banyak blog nak ada daaaa), i stumbled upon this piece of writing. it was written by me in 2008. lamanya! and i don't even remember i wrote that hahahaaa. reading it back brought memories, bitter and sweet. i remember when i was young and naive, and i still couldn't believe i am where i am now. how time flies, and how i've changed over time. i'd like to paste it here, just so you know and so that i would still remember how young i was and how honest and lame my writing was hahahaaa. but then, i think it's more on mushy type of text, btw hihihi. it's in my mother tongue, hope you enjoy laughing while reading hohohoho.

Yeppa yeppa.
Saya suka baca blog orang.
Saya suka tulis blog juga.
tapi selalu saya tulis dalam bahasa inggeris.
bukan, bukan tak suka bahasa
malaysia.
benci pun bukan.
tapi kali ini saya nak
cuba tulis dalam bahasa ibunda saya.
mungkin bunyinya sedikit janggal, jadi maafkan saya.

berbicara tentang bahasa
malaysia.
ada suatu hari, seorang lelaki kata saya tak berjiwa melayu.
hanya kerana saya kata bahasa inggeris boleh membantu anak melayu lebih 'global'.
katanya saya bercakap begitu, tanpa memikirkan anak bangsa saya yang tidak pandai berbahasa inggeris.
tapi itu bukan maksud saya. saya juga bukan dari bayi terus pandai berbahasa inggeris.
ibu bapa saya walaupun kacukan macam-macam, tapi kami bercakap bahasa
malaysia di rumah.
buku-buku saya kebanyakannya dalam bahasa ibunda. pernah ada 'mat saleh' tinggal dengan kami untuk 3 bulan, dan ketika itu saya di tingkatan 4 atau 5, masih saya tergagap-gagap tatkala berbicara dan kami macam ayam dan itik. saya seperti orang gila meracau-racau, tangan tergawang-gawang semata ingin menyatakan 'kupas dulu kulit bawang tuh'.

tapi Tuhan itu Maha Mengetahui. keputusan SPM saya, bahasa inggeris saya yang terunggul, mengatasi subjek yang lain. haih letih-letih saya belajar (seadanya) tapi sedikit pun saya tak sedih. walaupun kalau dilihat pada keputusan saya, selayaknya saya membawa diri masuk ke hutan. mungkin sudah tertulis rezeki saya bukan di situ. dan Dia lebih tahu. Saya dapat masuk universiti, belajar jurusan yang sangat asing. hari pertama menjejakkan kaki di kampus, saya malu menyatakan kursus apa yang saya ambil pada kawan-kawan jurusan lain. malu dikata angkuh. malu jika orang menyangka saya hebat sedangkan saya sendiri masih tercari-cari apa yang hebat tentang diri sendiri. 5 tahun belajar, alhamdulillah. siapa kata anak melayu tidak boleh belajar bahasa asing? dan siapa kata belajar bahasa penjajah membuatkan kita hilang jati diri? saya masih saya; masih patriotik bilamana membicarakan masa depan anak bangsa sendiri. masih begitu bersemangat ingin mengubah pandangan belia-belia yang bahasa inggeris itu ibarat belajar terbang. belajar sebagus mana pun akan tetap sukar untuk terbang dan takkan boleh terbang. lucu. itu yang saya rasa pada mereka-mereka yang kalah sebelum berjuang. belum pun
cuba, atau pun baru mencuba yang cubaannya ibarat bermain di gigi-gigi air - sudah kata tidak boleh. jadi bagaimana mahu maju?

minggu ini, sudah dua kali saya meluangkan masa bersama teman paling akrab saya. seorang yang sangat berpengaruh bilamana saya akan membuat keputusan. pandangan dan pendapat dia sangat menyenangkan hati, walaupun menyengat dan kadang kala membuatkan saya berkecil hati. kebenaran itukan pahit dan tak selalunya indah. tapi saya suka. cuma dia yang berani menzahirkan keburukan dan kelemahan saya dengan kata-kata. sekali lagi, saya suka. saya suka dia. kami berbicara tentang kerjaya dan masa depan. saya suka melihat dia bila berkata-kata. suka melihat dia terdiam sebentar, berfikir sejenak dan kemudian memberikan pendapat paling bersih dan jujur. dan kerana itu, hati saya terbuka semula untuk mencari apa yang saya mahu. terima kasih, kaseh. tanpa kamu, saya masih teroleng-oleng mencari hala tuju. saya macam bot yang ditambat di jeti. ke kiri, ke kanan dan adakala seperti tersasar. tapi kamu pegang saya. sambil berkata 'kamu macam anak kecil, jadi pegang tangan saya supaya kita boleh berjalan seiring'. berbunga-bunga hati saya. seronok. terlambung-lambung bot kecil ini. terbuai-buai ditiup angin kaseh. suka. suka.

masa dalam kereta. kamu minum air vitagen. saya tengok. menanti untuk kamu memberikan saya botol kosong supaya saya boleh buangkan. dan kamu bertanya apa saya sudah minum bahagian saya atau belum. dan saya menjawab tidak. dan kamu kata sudah tiga tahun kita bersama, saya masih menanti untuk dipelawa. semestinya itu saya. pengalaman masa kecil membuatkan saya jadi takut. kamu tahu apa maksud saya. sudah saya jelaskan tadi. selepas bertahun kamu kenal saya, baru ini saya bercerita. cerita yang selalu buat mata saya berat dan sarat dengan airmata. tapi kamu pegang tangan saya. dan saya sikit pun tak menangis. hati saya walaupun sayu, tapi saya tahu saya ada kamu. tolong jangan pergi. jangan.

oh panjang sudah nukilan pertama kali ini. kalau difikirkan, masih banyak yang ingin dinyatakan. tapi cukup untuk kali ini. saya terlalu merindui teman paling akrab saya.


Ku tutup mataku
Dari semua pandanganku
Bila melihat matamu
Ku yakin ada cinta ketulusan hati
Yang mengalir lembut

Penguasa alam
Tolonglah pegangi aku
Biar ku tak jatuh
Pada sumur dosa yang terkutuk
Dan menyesatkan cintaku

Andaikan ku bisa
Lebih adil pada cinta kau dan dia
Aku bukan nabi yang bisa sempurna
Ku tak luput dari dosa

Biarlah ku hidup seperti ini
Takdir cinta harus begini
Ada kau dan dia bukan ku yang mau
Oh Tuhan tuntunlah hatiku

"may you live to be a hundred, and may the last voice you hear be mine"

No comments:

Post a Comment