Ecewah tajuk. Suweettt tak? Hahaha.
Sepatutnya sudah enak dibuai mimpi pada waktu ini, tetapi perut berdendang kelaparan (eh?) hahah. Mind you readers, I'm writing this half awake; hence the mixture of languages and the informality in writing.
Ahhh, biarlah saya nak menulis apa dan bagaimana pun. Jangan mudah menilai, okay? Saya sedang cuba menulis dalam bahasa ibunda. Sesuatu yang sudah lama ditinggalkan; maka kalau ada salah dan silap harap dimaafkanlah ye.
Sepetang saya berfikir tentang sesuatu. Saya rindu bapa saya (sobbsss). Kenikmatan kehidupan yang saya sedang lalui adalah hasil didikan beliau. Dan ibu saya (duuhhhh, of course). Betapa nikmatnya hidup saya - ada kerjaya, ada kereta (walaupun masih berhutang dan jenama tempatan aje hahaha), dan insyaAllah mahu memiliki rumah sendiri. Tanpa bapa saya berpeluang menikmatinya bersama saya.
Sedih, uolsssss.
Hidup saya dipenuhi nikmat dunia, tapi masih rasa sedih sebab tak dapat dikongsi dengan orang tersayang. Suatu ketika dulu, saya selalu berazam - nanti dah senang nak bawa mak ayah jalan-jalan, nak belanja diorang macam-macam. Nanti, bila dah senang.
Tapi Allah Maha Kaya - Dia mengatur segalanya. Bapa saya tak sempat merasa bila saya sudah sedikit senang. Belum betul-betul kaya, tapi sudah sedikit mampu nak belanja dan bawa berjalan.
Memang orang boleh kata, jadilah anak yang solehah kerana itu sumbangan saya pada bapa. Saya mungkin tak sempat beri dia merasa nikmat dunia, tapi saya boleh menyumbang dalam saham akhirat bapa saya. Benar, saya tak sangkal. Benar, saya cuba sebaiknya namun saya cuma manusia biasa. Saya teringin nak belanja bapa saya makan sedap-sedap, belikan baju, bawa jalan-jalan. Tapi saya cuma mampu berangan dalam kepala. Buat macam mana pun, bapa saya sudah tiada.
Sobbbbsss sedihhhh.
Paling sedih bila tengok orang teruja buat persiapan perkahwinan - bapa mereka turut serta teruja dan sama naik syeikh shopping di Nilai 3 (ehhhh hahahah). Saya dah tak ada bapa. Tak terbayang di waktu akad nikah bapa saya tiada.
Tapi mujurlah saya masih ada mak.
Mak saya cool. Banyak hikmahnya bila bapa saya tiada. Kami lebih rapat, dan mak saya lebih sporting. Lebih terbuka dan suka melawak. Betul-betul menggantikan bapa saya. Bapa saya memang loyar buruk dan kuat membahan (sounds familiar kan? macam I kan? hahah).
Saya masih cuba nak membina kehidupan saya. Kalau dulu saya asyik menunggu konon bila senang baru nak belanja ibubapa - sekarang saya dah berubah. Saya cuba untuk menjadi lebih pemurah. Saya nak tengok mak saya gembira.
Saya belanja tiket pergi melancong mak saya. Duit saya tak banyak, tapi hati saya gembira tengok mak saya teruja; biarpun dalam hati pening fikir apa lagi cara nak tambah duit hahahahha.
Kalau anda membaca nukilan hati saya hari ini, saya ada sedikit pesanan.
Never wait for the right moment. Tak ada apa yang pasti dalam dunia ini kecuali mati. Ibu bapa tiada gantinya. Sibuk macam mana pun, mesti balik jenguk mereka. Jangan berkira; call them as frequent as you can. Bila dah tak ada, jangan jadi macam saya. Masih terkenang-kenang dan mengharap andai masa dapat diputar semula. I miss all the calls my dad gave me, almost everyday. I miss how he made me laugh with his repetitious jokes. I miss how he annoyed me so much with his remarks. I miss how we argued over small matters. I miss his comments on how I drove. I miss him talking to me over the phone - asking me each and every time when will I come back? I miss his laugh, his smile. I miss his pat on my back after solat. I miss cutting his fingernails. I miss his requests - for me to cook dishes he liked.
I just miss him badly.
I learn the most important thing in life. This lesson will surely be the most expensive one - I lost my dad, but I learn to love and to appreciate those who are kind to me, and to be more grateful with what I have. Love your loved ones while they are still alive. Jangan tunggu. Masa tidak menanti kita. Kematian itu pasti. Penat macam mana pun, spend your time. Listen to them. Tenung muka mereka puas-puas. Hug and kiss them while you can. Say you love them again and again. NEVER WAIT.
Kalian macam anak-anak saya, walaupun saya masih muda (ehem!). Maaf kalau kadang-kadang saya terlancang bahasa, perbuatan atau apa sahaja.
Saya juga sedang mencuba mencari syurga. Moga saya, kalian dan sesiapa sahaja diberikan hidayah dan peluang menjadi lebih baik.
Moh kita tidur, anak-anak!
nahhhh.
kiss sampai tersepit haha.