Wednesday, July 31, 2013

dalam menduga rasa cinta.

Assalamualaikum.

Tiada kata yang mampu diucap tatkala mengetahui pemergian insan tersayang. Kalau untuk memenangkan diri sendiri pun kadangkala tak terjumpa perkataan yang sesuai, inikan pula bila kawan-kawan, sanak saudara mahupun pelajar saya sendiri yang merasai kehilangan.

Beberapa hari lepas, pagi saya dikejutkan dengan mesej ringkas daripada bekas pelajar asasi saya, Yatt. Terdiam sejenak memikirkan apa yang perlu dibalas. Nak disuruh jangan menangis - tak masuk akal. Nak disuruh bersabar - pastinya kesabaran dia sudah penuh di dada dalam mengawal diri. Semuanya menjadi serba tak kena.  Yang terlintas di fikiran cuma satu; inilah ujian Allah buat kita - dalam menilai cinta kita pada Dia.

Saya sedih. Sebab dia kehilangan ibu lebih awal daripada saya kehilangan bapa saya. Namun janji Allah itu pasti. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang hanya Allah saja yang tahu. Mati itu pasti. 

Kehilangan ini pasti akan menjadi igauan ngeri buat dia. Saya sendiri masih sedih dan sebak walaupun tiga tahun sudah berlalu. Masa bukan penentu kerana bila kita kehilangan orang tua kita, lama mana pun pasti akan masih dihimpit sedih. 

Dulu, saya sering menangis bila teringatkan 'bagaimana agaknya bila ibu atau bapa saya meninggal dunia'. Memikirkannya pun boleh buat merembes-rembes airmata. Ketika itu saya terfikir, mungkin bila ia benar-benar berlaku, separuh jiwa saya akan pergi, saya takkan mampu berdiri.

Tapi Allah Maha Kaya. 

Saya masih di sini. Sedih, tapi kini lebih kuat. Sekarang saya tahu, 'What doesn't kill me will only make me stronger'.

Kadangkala, Allah menduga kasih kita pada Dia bila diragut orang yang kita sayang. Sebab sesungguhnya, telah dikata bahawa kasih sesama manusia, cinta sesama kita adalah sementara dan hanya pinjaman semata. Bila direnggut sekelip mata - apakah kita meratap bagai hilang semua? atau lebih menyembah menyedari bahawa kita ini sekerdil-kerdil manusia. Apa pun takdak - kata gaya orang utara hahaha.

Hidup ni aneh, kan? tapi seronok.

:)